9 Julai 2010 - 19:30

Menteri Pertahanan Republik Islam Iran, Ahmad Wahidi berkata kekuatan ketenteraan negara ini berupaya mengeksport produk-produk pertahanannya ke lebih 50 buah negara.

"Sehingga kini Republik Islam ini mencapai kekuatan yang gemilang dan ia mampu mengeksport produk pertahanan", kata Ahmad Vahidi Rabu lalu.

General Vahidi mengalu-alukan lebih banyak penghasilan produk pertahanan Republik Islam ini sambil menambah pertahanan negara ini dalam industri ketenteraan semakin bertambah maju.

Vahidi baru-baru ini mengumumkan beberapa projek kelengkapan ketenteraan dan senjata termasuk komponen elektronik, radar serta optikal.